Download PDF Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 1 Malaysia T.A. 2020-2021 - Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 1 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 1. Pelbagai aktiviti dirancang berpandukan pembelajaran berasaskan inkuiri yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid. Pembelajaran kendiri adalah diutamakan dalam buku ini supaya murid dapat mentaksir pembelajaran sendiri. Melalui penggunaan Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 1 ini akan menggalakkan inisiatif murid dan menjadikan murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Pengenalan buku teks digital merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula 2013 hingga 2025, dan diperkenalkan dalam tiga fasa oleh kerajaan sebelum ini. Bagi fasa permulaan, buku teks versi ber- cetak akan kekal digunakan seperti biasa. Pelajar boleh memuat turun buku-buku teks mereka dalam bentuk PDF. Sejarah merupakan disiplin ilmu tentang peristiwa masa lampau.
Penulisan sejarah adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan terhadap sumber sejarah. Kepelbagaian sumber dan kajian sejarah menyebabkan wujudnya pelbagai tafsiran dalam sejarah. Sejarah amat penting dalam memupuk semangat cinta akan negara demi meneruskan ketamadunan negara kita. Kita kerap mendengar ungkapan bahawa sejarah membawa banyak iktibar kepada kita. Apakah yang dimaksudkan dengan sejarah? Bagaimanakah kita mengukur masa silam dalam sejarah? Bagaimanakah pula kita dapat mengetahui sejarah lampau sesebuah masyarakat dan negara? Apabila mengetahui sesuatu peristiwa masa lampau, mengapakah masih wujud pelbagai tafsiran mengenainya? Semua persoalan ini akan terjawab dalam bab ini. Secara umumnya, sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Peristiwa masa lalu yang berlaku dalam kehidupan sesebuah masyarakat atau negara akan dikaji oleh sejarawan. Sejarawan merupakan ahli sejarah yang menyelidiki rekod-rekod lalu dan memuatkan dapatan kajian mereka seperti dalam bentuk buku, monograf atau makalah. Terdapat beberapa pengertian sejarah dari aspek bahasa seperti yang berikut:
Kita juga boleh mengetahui dengan lebih mendalam pengertian sejarah mengikut pandangan beberapa orang sejarawan tersohor seperti yang berikut:
Silahkan Download Versi PDF nya
Demikianlah artikel Download PDF Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 1 Malaysia T.A. 2020-2021 semoga artikel ini dapat memberikan informasi yang bermanfaat bagi kita semua.[ks]